ALLAHUROBBI...Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dalam Kemalangan, Harapan Seorang Wanita Tidak Kesampaian Setelah 6 Tahun Menanti Kehadiran Cahaya mata Pertama,..Kesiannya Kakak Nie..

Sungguh menyayat hati apabila kisah yang menimpa  Puan Nurain yang bertugas sebagi seorang Staff Nurse Ward Mawar4 7B di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sungai Soi, Pahang.

Apa yang menyedihkan, beliau pada ketika kejadian sedang hamil 39 minggu dan anak dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan dan kini beliau telah ditempatkan di wad kecemasan untuk prosedur untuk membuang rahim.

Wanita berkenaan sebelum kejadian dilaporkan akan menjalani pembedahan untuk bersalin secara c-zer kerana anak dalam kandungannya songsang.








Mangsa juga sebenarnya sedang mengandung anak sulungnya setelah menanti selama 6 tahun untuk memperoleh cahaya mata dan kini beliau telah kehilangan anak dalam kandungannya dan besar kemungkinan juga beliau tidak boleh lagi mengandung pada masa akan datang.

Sama-sama kita doakan agar wanita tersebut tabah dengan ujian dahsyat yang diterima. Salam takziah.

Related Posts:

0 Response to "ALLAHUROBBI...Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dalam Kemalangan, Harapan Seorang Wanita Tidak Kesampaian Setelah 6 Tahun Menanti Kehadiran Cahaya mata Pertama,..Kesiannya Kakak Nie.."

Post a Comment