‘JOHOR KELUAR MALAYSIA' –INI PENJELASAN TMJ ISU ARAH TURUN BENDERA MALAYSIA DI SELURUH JOHOR

‘JOHOR KELUAR MALAYSIA' –INI PENJELASAN TMJ ISU ARAH TURUN BENDERA MALAYSIA DI SELURUH JOHOR


Menjelaskan mengenai arahan penurunan bendera hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa erti kononnya ‘J0h0r mahu keluar dari Malaysia’.

Titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai penurunan bendera adalah merujuk kepada bendera-bendera yang digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan bukan Jalur Gemilang yang sedia terpasang..... 

Menjelaskan demikian hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota itu membawa erti kononnya “Johor mahu keluar dari Malaysia”. 

Titah menurunkan bendera berkenaan adalah berikutan sambutan Hari Kebangsaan sudah selesai, dan meminta digantikan dengan bendera daerah masing-masing..... 

“Mustahil untuk Johor keluar dari Malaysia kerana proses berkenaan (keluar dari Malaysia) adalah banyak dan panjang..... 

“Kita juga bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan,” kata Ismail kepada pemberita di Kota Iskandar, di Johor Baru. 




Setiausaha Kerajaan Negeri itu mengulas mengenai penyebaran surat penurunan bendera Jalur Gemilang yang dikeluarkan pejabat daerah Segamat kepada semua ketua jabatan di daerah berkenaan baru-baru ini.... 

Ismail berkata salah faham itu wujud apabila surat itu tersebar luas di laman sosial Facebook. 

Ismail menasihat orang ramai supaya merujuk kepada kerajaan negeri sekiranya timbul sebarang isu. 

Dalam surat itu, TMJ dikhabarkan bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.... 

Ismail berkata pihaknya juga dalam proses mewartakan 10 bendera daerah dalam masa terdekat ini yang diputuskan oleh Sultan Johor sewaktu kemahkotaan baginda baru-baru ini - Sumber asal www.themalaysianinsider

Related Posts:

1 Response to "‘JOHOR KELUAR MALAYSIA' –INI PENJELASAN TMJ ISU ARAH TURUN BENDERA MALAYSIA DI SELURUH JOHOR"