TERKINI!!! 'Ape Ni Juri Memang AKIM Dah MENANG'...Tapi Inilah PUNCA DAN SEBAB Utama Peminat Tak Puas HATI Dan MARAH Dengan JURI Yang Bakal Buat Anda Terkejut.


TERKINI!!! 'Ape Ni Juri Memang AKIM Dah MENANG'...Tapi Inilah PUNCA DAN SEBAB Utama Peminat Tak Puas HATI  Dan MARAH Dengan JURI Yang Bakal Buat Anda Terkejut.


Dua tahun lalu, lagu Mewangi yang dipersembahkan oleh Akim & The Majistret gagal ke Anugerah Juara Lagu Ke-29 sehingga mencetuskan perdebatan terutama dari kalangan peminat fanatik mereka.
Rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati apabila lagu Mewangi yang merupakan salah sebuah lagu popular dan berpotensi besar mara ke peringkat akhir ketika itu tidak menjadi pilihan juri.
Tetapi, bagi Akim Ahmad atau Akim, dia tidak melihat kegagalan itu sebagai perkara yang mendukacitakan dirinya dan juga ahli The Majistret yang lain tetapi lebih kepada pembakar semangat untuknya membuat yang terbaik tahun ini.
Seperti mana yang semua sedia maklum, Akim & The Majistret berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30) menerusi lagu Potret yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam ini.“Apa yang berlaku kali ini memang banyak bezanya berbanding apa yang saya lalui tahun lalu menerusi Mewangi. Kali ini, saya tidak menafikan perasaan saya lebih tenang dan relaks untuk membuat persembahan dari peringkat separuh akhir lagi.
“Mungkin disebabkan itu jugalah mengapa Potret layak ke peringkat akhir dan saya tidak mahu membebankan fikiran saya tentang soal kemenangan. Apa yang saya utamakan adalah untuk menjadi selesa di atas pentas membuat persembahan.
“Bukannya saya tidak ada perasaan gemuruh atau tekanan, tetapi saya cuba seimbangan dengan aura positif agar ia tidak mengganggu saya untuk membuat persembahan malam ini,” kata Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad itu dalam nada penuh rendah diri.
Ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang penyertaan penyanyi berusia 25 tahun itu dalam AJL30 apabila ia merupakan kali kedua Akim menyertai AJL selepas enam tahun.
“Tetapi, kali ini perasaan itu berbeza kerana pada usia saya sekarang, saya sudah tahu apa yang mahu lakukan dan idea itu saya kongsi bersama anggota kumpulan lain bagi memastikan persembahan kami meninggalkan impak nanti.
“Bagi diri saya, persembahan saya pada malam nanti boleh disifatkan sebagai kemaafan dendam yang terindah untuk saya menebus kembali apa yang telah saya lakukan sebelum ini baik sewaktu Bengang mahupun Mewangi,” ujar tunangan Stacy ini dengan maksud cukup mendalam.
Dalam pertemuan itu juga, Akim turut mendedahkan identiti sebenar di sebalik komposer dan penulis lirik lagu Potret yang rupanya adalah Akim dan abangnya, Afham Zulhusmi yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Kamar Empayar.
Cerita pemenang Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-21 (2014) menerusi lagu Mewangi itu lagi, pada asalnya lagu Potret adalah untuk lagu solonya.
Tetapi selepas salah seorang anggota The Majistret, Zimi mendengarnya, dia berpendapat lebih sesuai untuk dijadikan sebagai single kedua selepas Mewangi. Dan semalam Potret telah diumumkan sebagai Juara Lagu ke 30. Tahniah diucapkan.
SUMBER Asal : therakyatpost

Related Posts:

0 Response to "TERKINI!!! 'Ape Ni Juri Memang AKIM Dah MENANG'...Tapi Inilah PUNCA DAN SEBAB Utama Peminat Tak Puas HATI Dan MARAH Dengan JURI Yang Bakal Buat Anda Terkejut."

Post a Comment