PASRAH akhirnya!! Baru bertunang ERRA FAZIRA dah PUTUS, terpaksa terima KETENTUAN ILAHI..bertabahlah.



SILA KLIK UNTUK GAMBAR LEBIH JELAS DAN BESAR


a. Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan berasal dari Sungai Choh, Rawang, Selangor. Memulakan kerjayanya dalam bidang modelling sehinggalah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993. Erra seterusnya menceburkan diri ke dunia seni sebagai penyanyi dan pelakon, kini usahawan.

 ''Tiada siapa yang meminta perpisahan. Malah perpisahan adalah sesuatu yang cukup perit untuk dilalui tetapi itulah hakikat yang saya hadapi kini,'' ujarnya sambil air mata berlinang di kelopak matanya.




'Tidak ada apa yang perlu dikesalkan. Meskipun saya sedih, namun saya tidak dapat menolak qadak dan qadar. Saya yakin suatu hari nanti kebenaran akan menyebelahi saya jua.
''Buat masa ini saya dalam usaha untuk memulihkan semula semangat diri. Saya mahu lupakan semua cerita sedih yang pernah saya alami dan memulakan lembaran baru,'' jelasnya sambil menahan perasaan.

''Apabila mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan yang sedia ada ini bermakna saya mahu lupakan terus kisah duka saya.

''Biarlah orang lain yang membuat andaian kerana bagi saya antara kami sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk Awie,'' jelasnya sambil berkata dia amat menghargai hubungan yang pernah dilaluinya bersama bekas insan yang pernah bertaut di hatinya itu.
''Saya juga percaya keluarga Awie lebih arif dan mampu untuk membantu Awie menyelesaikan konflik ini,'' tegasnya lagi.

Menurut Erra lagi, antara dia dan keluarga Awie tidak pernah timbul sebarang pergeseran atau perselisihan faham dan kerana itu juga dia mahu keluarga Awie mengetahui bahawa dia pernah mencintai bekas tunangnya itu suatu ketika dulu.

 walaupun sudah ditanya beberapa kali: ''Apakah mereka sudah putus tunang?'' Sebaliknya Erra lebih suka berselindung tetapi menegaskan: ''Antara Erra dan Awie sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi.''

Related Posts:

0 Response to "PASRAH akhirnya!! Baru bertunang ERRA FAZIRA dah PUTUS, terpaksa terima KETENTUAN ILAHI..bertabahlah."

Post a Comment