Panas!!.. "Saya Bukan Wanita Sial"- Siti Nordiana (Nana)






BERTEMU dengan Nana ketika menjayakan sesi fotografi bersama Mega, saya cuba menyelusuri hatinya. Pada masa yang sama, turut memahami betapa beratnya status janda untuk dipikul oleh wanita muda sepertinya. Popular, semakin kaya dan masih jelita, tentunya menggalas cabaran sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah.


Masih kekal dengan personalitinya, Siti Nordiana, 32 atau Nana tidak pernah lekang menguntum senyuman manis semasa saya menyambut ketibaannya di pintu utama Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur, lokasi pertemuan kami.


Madahnya penuh kelembutan, persis gadis ayu di kampung-kampung yang menjaga tatasusila bersesuaian dengan adab ketimuran. Tiada bezanya sebelum dan selepas mencipta kemasyhuran menerusi Gegar Vaganza 2 (GV2).

Diketahui umum akan statusnya sebagai ibu tunggal, juara GV2 ini akui bukan mudah untuk memikul bebanan yang terdapat di bahunya, apatah lagi persepsi umum terhadap seseorang wanita yang bergelar janda lebih banyak negatifnya berbanding yang positif.


Siti Nurdiana Kini Nampak Lebih Cantik

Mengenali wanita berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu, Nana pernah melalui tahap kehidupan berbeza sebagai anak seni tatkala mula bertapak pada tahun 1999, ketika umurnya 15 tahun.

Berbekalkan single pertama iaitu Cinta Hanya Sandaran, Nana menerima tempias populariti apabila lagu ciptaan Adnan Abu Hassan itu ‘meletup-letup’ di persada muzik tanah air. Kesempatan itu digunakan Nana untuk mengembangkan bakat seninya apabila bergelar pelakon dengan membintangi beberapa telefilem yang berjaya memahat namanya sebagai salah seorang pelakon di persada seni lakon tempatan. Tahun silih berganti, sinar kemasyhuran yang dimiliki Nana semakin kusam dan akhirnya wanita itu pernah dikelaskan sebagai artis suam-suam kuku dek kerjayanya yang tenggelam timbul.


Dalam pada itu, Nana pernah memberitahu bahawa akan memikirkan soal jodoh apabila Rayyan telah berusia sembilan tahun iaitu pada tahun hadapan. Akur bahawa wanita mana yang tidak mahudihadirkan seorang lelaki bergelar suami untuk mencurahkan segala kasih dan sayang, Nana sedar masanya belum sampai buat dirinya.

 “Bukan saya tidak mahu berkahwin, tapi seperti masih belum puas untuk berkasih sayang dengan Rayyan. Takut nanti dia rasa tersisih pula kalau Nana tiba-tiba kahwin dan ada suami lain. “Lagipun, jujur saya katakan, diri ini masih perlukan kekuatan untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini,” ujar Nana memberi penjelasan.

 Menurut firasatnya, Rayyan masih lagi kecil untuk memahami segala yang telah dilalui Nana. Sebab itulah anaknya itu sukar untuk membenarkannya berkahwin lain kerana tidak mahu lelaki yang akan menjadi suaminya kelak merampas kebahagiaan yang dikecapi anak tunggal itu.

 “Saya rasa salah satu sebab mengapa tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati. Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak faham lagi.

 “Agaknya, Rayyan selalu berasakan bapanya masih ada walaupun dia sendiri sudah tahu yang Faizal sudah kembali ke rahmatullah. Jadi, sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya” beritahunya.

Kisah malang dengan dua lelaki

LIHAT PHOTO NANA LAGI DISINI --> "SAYA BUKAN WANITA SIAL"

Siti Nurdiana Bersam Ezat Exis


Jodoh antara Siti Nordiana Alias atau Nana dengan Allahyarham suaminya, Faizal Yusup bertahan kira-kira tiga tahun selepas diijabkabulkan pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Nakhaie, 8 tahun. Namun, pada 14 September 2009, mahligai yang dibina tidak mampu lagi dipertahankan, maka Nana sah diceraikan dengan talak dua oleh arwah Faizal.

 Pun begitu, selang dua tahun perpisahan tersebut, akhirnya takdir memisahkan pasangan itu buat selama-lamanya apabila aktor itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Januari 2011. Selepas kematian ayah kepada anak tunggalnya itu, Nana pernah mendedahkan, meskipun selepas bercerai sebenarnya masih terlalu menyintai Faizal, satu pendedahan yang cukup mengejutkan. Sebelum berita menyedihkan tentang pemergian Faizal, seorang lagi artis lelaki yang begitu dekat dalam hidup Nana juga pergi meninggalkannya secara abadi.



Enam tahun lalu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan satu khabar berita apabila vokalis terkenal kumpulan Spin, Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya. Tanggal 17 April 2010, Nana dan Achik yang merupakan pasangan duet terkenal dikhabarkan baru sahaja selesai menjayakan sebuah program hiburan terbitan RTM iaitu Gah 1.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu kurang dari beberapa jam, Nana menerima perkhabaran mengejutkan atas kematian Achik yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan. “Saya antara orang awal yang mendapat tahu akan berita itu. Ya, Allah memang terkejut kerana kami baru sahaja bersama-sama menjayakan persembahan. Tidak tahu hendak membayangkan perasaan ketika itu. Allah lebih sayangkan Achik,” ujarnya ringkas mengingati semula detik itu. Itulah antara rentetan sejarah pahit dalam hidup Nana yang terpaksa diterimanya, apatah lagi ketika itu usianya masih muda iaitu 25 tahun di samping harus membesarkan Rayyan yang di saat itu tidak mengenal lagi tentang apa yang telah menimpa ibunya.



sentuh untuk zoom


Sejak itu, Nana meluahkan, masyarakat mula memandang serong dirinya. Lebih teruk, dia dituduh wanita sial yang membawa malang atas kematian dua lelaki yang begitu akrab dengannya, secara tiba-tiba. “Bayangkan apabila kata-kata seumpama ‘wanita sial’ itu dihamburkan kepada diri saya. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Jujur, apabila berhadapan dengan tuduhan tersebut, air mata saya tidak berhenti berjuraian, hari-hari.




  “Sehingga satu masa, saya terfikir ada benarnya tuduhan itu. Dalam tempoh tersebut, saya hilang yakin terhadap diri sendiri sehingga menghidapi kemurungan. Buat itu tak jadi, buat ini pun tak menjadi. “Sampailah ketika diajak untuk menyertai kelas Usrah Fitrah, akhirnya saya bertemu ketenangan yang membawa kepada keputusan untuk berhijrah dan bertudung. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, semangat saya kembali pulih untuk terus berkarya,” jelasnya menoktahkan cerita.




 Menceritakan pengalaman yang dilaluinya sepanjang 17 tahun bergelar anak seni, Nana telah menempuhi fasa berbeza-beza. Pernah namanya berada di tangga teratas, kemudian perlahan-lahan menurun ke bawah dan berada dalam kelas biasa. Hari ini, dia kembali menjadi rebutan dan berada dalam takah yang tinggi semula. Tidak menafikan, dalam kembara seninya, dia pernah beberapa kali didekati kaum Adam yang cuba mengisi kekosongan jiwa yang ditinggalkan keseorangan selama enam tahun sebelum ini.

Berbicara tentang hal itu, Nana seakan-akan tidak selesa namun tidak menyangkal situasi itu kadang-kala membuatkan lidahnya kelu jika berlaku. “Dulu sebelum menyertai GV2, jarang sebenarnya berhadapan dengan gangguan daripada lelaki-lelaki yang mahu berkenalan. Paling tidak pun, sekadar dihampiri peminat lelaki yang mahu merakam gambar bersama, tidak lebih daripada itu. Sekarang ini, apabila nama saya kembali menjadi bualan ramai, ternyata panggilan telefon yang diperoleh bukan sekadar mahu mengundang menjayakan persembahan, tetapi ada juga yang cuba menjadi kenalan.




 “Kadang-kadang pelik entah dari mana individu terbabit boleh dapat nombor telefon saya. Bagaimanapun, saya cakap baik-baik dan kemudian meneruskan aktiviti seni seperti biasa. “Nak kata pasal dugaan dulu dan sekarang, rasanya tidak jauh berbeza. Saya tetap perlu bekerja keras mencari pendapatan bagi mengukuhkan kewangan. Masa depan anak Muhammad Rayyan Nakhaie terletak di tangan saya. Masih jauh lagi perjalanannya,” kata ibu kepada anak tunggal lelaki yang menginjak usia lapan tahun itu.






Merupakan hasil perkongsian hidup dengan arwah suaminya, aktor Allahyarham Faizal Yusup, Rayyan menjadi harta tidak ternilai buat Nana, sekali gus dianggapnya sebagai generator yang menggerakkan kehidupannya sehari-hari. Isu jodoh bukanlah hal kecil untuk dia bicarakan. Biarlah perkara itu datang tanpa perlu dicari dan memberi peluang kepadanya untuk membesarkan Rayyan sebaik-baiknya. Pada masa yang sama, Nana meluahkan rasa tidak senangnya terhadap label ‘janda kaya meletup’ yang diberikan kepadanya oleh sesetengah peminat. Baginya, wang kemenangan yang diraih bukanlah berjuta-juta nilainya untuk digelar sedemikian rupa.





 “Saya masih seperti Nana yang dulu, insya-Allah.

Peminat. Sekarang, di laman sosial, saya sering mendapatkan pandangan mereka untuk memastikan gaya kekal sederhana,” ujarnya.

Related Posts:

0 Response to "Panas!!.. "Saya Bukan Wanita Sial"- Siti Nordiana (Nana)"

Post a Comment