‘PAKAI JUBAH HIPSTER KURANG AJAR DAN PENCIPTANYA JUGA KURANG AJAR’ – SHARNAAZ AHMAD

Pakai Jubah Hipster Kurang Ajar Dan Penciptanya Juga Kurang Ajar - Sharnaaz Ahmad
Berbadan sasa bukan alasan bagi pelakon Sharnaaz Ahmad untuk tampil menayangkan bentuk badan seperti rekaan “gaya hipster” yang diketengahkan pada masa ini.
Dipilih sebagai duta jubah lelaki butik DLoris Exclusive, Sharnaaz berkata penggayaan hipster biar kena pada tempatnya dan bukan dipadankan untuk ibadat menghadap Tuhan.
“Ini adalah baju keagamaan jangan buat sesuka hati. Nak pakai baju ketat, pergi kelab bolehlah. Pakai baju ketat nak pergi jumpa Tuhan, engkau dah kenapa? Cara tak betul.
“Kita ada adab pemakaian dan adab segala adab. Kalau kita tak ada adab, itu dah kurang ajar. Bagi saya yang pakai jubah hipster itu kurang ajar dan penciptanya juga kurang ajar.
“Kalau nak ketat, buat baju kemeja ketat cantik-cantik,” katanya kepada ProjekMMO sewaktu pelancaran Butik DLoris Exclusive di sini semalam.
Mengulas lanjut, pelakon filem “Juvana” ini berkata penggayaan jubah hipster pada hari ini menyakitkan mata terutama yang digayakan tidak kena pada tempatnya.
Katanya, keselesaan tetap menjadi keutamaan terutamanya dalam memilih jubah yang perlu tampil berbeza daripada yang lain.
“Jubah hipster potongan ke arah tidak selesa. Berat mata memandang. Nak buat macam mana kalau pereka kita otak singkat di zaman sekarang.
“Industri jubah dicemari dengan jubah hipster yang agak ketat dan merepek daripada pereka yang tak tentu.
“Saya tak akan pakai jubah yang terlampau ketat menunjukkan otot yang tak berapa nak tumbuh,” katanya.
Sharnaaz, 30, berkata jubah DLoris Exclusive memberi kelainan apabila fabriknya tidak panas dan masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran penggaya jubah.
Katanya, jubah yang digayakannya satu inovasi terbaik apabila tidak membataskan pergerakan seperti mana yang ditonjolkan jubah hipster.
“Jubah Dloris tak ketat dan tak menunjukkan hipster seperti senteng tetapi lebih kepada nak cantikkan jubah kita yang ringkas ke arah yang lebih moden.
“Dloris berlainan kerana materialnya. Material memang berbeza sebab diambil dari Jepun dan kain kapas dari Mesir. Di sana iklim mereka panas memang sesuai dengan kita.
“Saya cuba pakai, saya tak sangka materialnya lain daripada baju Melayu kita yang biasa sebab materialnya lagi sejuk dan senang nak dipakai,” katanya. – MalayMail

Related Posts:

0 Response to "‘PAKAI JUBAH HIPSTER KURANG AJAR DAN PENCIPTANYA JUGA KURANG AJAR’ – SHARNAAZ AHMAD"

Post a Comment