Luahan Sayu Syura Setelah Dicerai Talak Dua

Luahan Sayu Syura Setelah Dicerai Talak Dua




Penyanyi yang juga pemenang MasterChef Selebriti iaitu Syura kini mengesahkan telahpun bercerai dengan suaminya. Syura memberitahu dia diceraikan dengan talak dua oleh suaminya.

Syura berkata, dia tidak mendedahkan perkara berkenaan bagi menjaga hati banyak pihak.

Ini komennya:

“Apatah lagi bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian” 

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal. Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami,” 

Namun, Syura tidak menolak jika dia dijodohkan bersama bekas suaminya kembali atau mana-mana lelaki lain yang serius untuk menjadikannya sebagai isteri dan bersedia menjadi ketua keluarga.

Related Posts:

0 Response to "Luahan Sayu Syura Setelah Dicerai Talak Dua"

Post a Comment