Kisah Rekaan Pelamin Indah Khabar Dari Rupa (5Foto)


Kisah Rekaan  Pelamin Indah Khabar Dari Rupa (5Foto)



Rentetan kisah pelamin indah khabar dari rupa. Terbaca di post facebook mengenai rekaan pelamin indah khabar dari rupa dan review dari pengantin baru sendiri mengenai servis salah satu butik pengantin di Kuala Lumpur. Pengantin dari Johor telah menggunakan khidmat sewaan pelamin untuk menolong kawan. Mungkin butik andaman ini adalah kawan kepada pengantin sendiri.

Aku turut bersimpati kepada pengantin baru dengan kejadian ini. Bukan mudah untuk pengantin baru menerimanya lebih-lebih lagi di hari bersejarah mereka. Aku nak kongsi sedikit pengalaman aku yang pernah mengikut my mom buat kerja memasang pelamin. Korang pun tahu kan, my mom ada butik pengantin di Kelantan.

Kerja memasang pelamin ini bukan kerja mudah. Perlu tenaga dan masa yang lebih. Jika pelamin itu grand, maka masanya sangat lama untuk disiapkan. Lagi-lagi pekerja my mom hanya tiga orang saja termasuk salah seorang adik ipar. Itupun adik ipar malam baru boleh, sebab siangnya dia kerja. walaupun adik ipar dah boleh diharap untuk pasang pelamin mengikut gambar yang diberi, my mom tetap juga pergi untuk tengok. lebih puas hati dan menjaga reputasi bisnes.

Orang cakap tamak, dalam sehari sampai dua tiga tempat majlis sanding diambil. Kalau dah itu cara rezekinya, bukan tamak pun, tapi perlu pandai uruskan masa untuk menyiapkan satu pelamin jika hari sandingnya sama. Cara my mom buat, seminggu sebelum majlis, my mom akan hantar kelengkapan ke rumah pengantin. Sesetengah rumah pengantin akan mula dipasang rangka pelamin dan akan menyiapkan sehari sebelum hari persandingan. Selalunya terjadi bila majlis dibuat pada hari raya. My mom akan menyiapkan lebih awal, yealah, takkan malam raya my mom nak buat kerja di rumah orang. Bakal pengantin perlu faham dan my mom akan terangkan dulu sebelum dipersetujui.

Pernah my mom terima tempahan last minit. ada juga esok nak sanding hari ini baru cari pelamin. Kes-kes ini berlaku, bila asalnya pengantin tak nak sanding nak buat simple-simple, sekali bila dah datang sedara mara jauh, mula tanya tak ada pelamin ke? Takkan nak sanding atas kerusi saja. Takkan nak sanding dalam bilik? Akhirnya, terpaksa pengantin turuti.

Pernah juga, dah siap pelamin dipasang tetiba tak jadi kahwin pun ada. Terpaksa roboh balik pelamin.

Make-up pengantin. My mom lebih selesa untuk make up pengantin di kedai. Jika pengantin mengambil pakej (pelamin, hiasan bilik, meja makan) my mom akan make up di kedai dulu, kemudian akan pergi ke rumah pengantin untuk touch up.



Baju pengantin. Kebanyakkan baju pengantin untuk disewa. Jika sewa, maknanya baju-baju pengantin dah pernah orang pakai sekali dua. Selepas pakai terus baju dihantar ke dobi. Ada sesetengah yang nak baju baru, boleh tapi perlulah buat tempahan sebelum 3 bulan dari hari majlis.

Pelamin. untuk kepuasan hati bakal pengantin, sebaiknya pergi ke butik untuk tengok gambar pelamin. Jangan mengharapkan pada gambar, memang ada hiasan pelamin dari keratan-keratan majalah tapi itu sebagai panduan kepada owner dan pelanggan. Ada sesetengah bakal pengantin lebih gemar hiasan pelamin di dalam majalah. mereka akan beri contoh dan minta untuk hias seperti dalam majalah. pelaminnya tidaklah seratus peratus sama seperti dalam majalah, akan ada beza pada design kerusi, ada beza jenis bunga hiasan, ada beza jenis kain.




Bayaran. My mom akan mengambil deposit tanda tempahan dah confirm. Jika pakej biasa, deposit RM 50 pun my mom tak kisah. Jika pakej yang besar nak baju baru, nak design pelamin baru, nak kain baru, nak bunga baru, my mom akan ambil deposit lebih kurang RM 500. Deposit itu, untuk membuat modal mencari barang baru. My mom tak suka mengambil bayaran penuh terus.

Betul cakap si anon, seminggu sebelum majlis sebaiknya pergi ke butik untuk bertanya tempahan yang dah dibuat. Bincang dengan owner apa yang nak ditambah dan apa yang kurang. Kadang-kadang buat tempahan dah berbulan-bulan, pengantin lupa ada yang keperluan tertinggal. bila tiba hari majlis sanding, pengantin bising tak ada sesetengah barang dan mula menyalahkan owner biarpun pengantin sendiri tak maklumkan barang apa yang nak.

Related Posts:

0 Response to "Kisah Rekaan Pelamin Indah Khabar Dari Rupa (5Foto)"

Post a Comment