Kes Derma RM2.6 Billion SELESAI!! Ini PERTANYAAN Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!!

1

#Kes Derma RM2.6 Billion SELESAI!! Ini PERTANYAAN Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!! | Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.

#“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.

#“Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya.

#Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura sebagai sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.

#Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03) daripada AS$681 (RM2.60 Billion) yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

#Pada 22 Julai lepas, Reuters melaporkan polis Singapura membekukan dua bank akaun susulan siastan terhadap dakwaan salah urus kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.

#Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

#“Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.

#“Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah daripada Arab Saudi.

#“Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan,” katanya lagi.

#Bekas pemimpin negara itu juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima arahan daripada Apandi.

#“Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.

#“Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas,” kata Mahathir lagi. KREDIT PORTAL MALAYSIA KINI.

Related Posts:

0 Response to "Kes Derma RM2.6 Billion SELESAI!! Ini PERTANYAAN Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali GELISAH !!!"

Post a Comment