Di China memang Terkenal Dengan Budaya VIRALkan Gadis Cantik Yang Kerja Biasa-Biasa Saja

budaya

Di China memang Terkenal Dengan Budaya VIRALkan Gadis Cantik Yang Kerja Biasa-Biasa Saja, Sekiranya sebelum ini gadis pekerja McDonald mendapat perhatian warga netizen terutamanya di China, kini timbul pula seorang lagi gadis yang menjadi sensasi di negara tersebut.
Gadis tersebut, seorang pelajar dan juga pekerja di University Yangzhou telah menjadi perhatian ramai di laman web Weibo (Facebook versi China) dan mendapat jolokan “Gadis Cantik Kafetaria”.
Gadis tersebut yang dikenali sebagai Li baru bekerja di kafetaria di universiti tersebut pada minggu lepas dan datang setiap kali makan tengahhari dan makan malam. Sejak dia mula bekerja di kafetaria terbabit, perniagaan kafetaria itu menjadi semakin laris disebabkan ramai pelajar lelaki sanggup beratur di kafetaria itu untuk melihat Li.
“Ia cuma satu kerja sambilan, saya tak sangka akan jadi terkenal di Weibo
“Apabila satu mula mendapat tahu tentang perkara itu, saya sangat terkejut
Dengan merendah diri walaupun sudah popular, Li berkata “Saya sangat berharap saya dapat lakukan kerja dengan bagus. Saya tak mahu dianggap sebagai ‘pengganggu'”, kata Li.
Seorang pelajar baru universiti terbabit menggambarkan Li sebagai seorang yang bukan sahaja cantik luaran tapi juga cantik dalaman.
“Gadis kantin itu cantik, tapi hatinya lebih cantik. Tarikan yang dimiliknya bukan sahaja pada paras rupa, malah pada personalitinya yang peramah, bersungguh-sungguh dan kuat bekerja.”

2
3
4
5
6

Related Posts:

0 Response to "Di China memang Terkenal Dengan Budaya VIRALkan Gadis Cantik Yang Kerja Biasa-Biasa Saja"

Post a Comment