Artis melayu POYO cari makan pakai tudung.



Kini semakin ramai artis tanah air yang memilih untuk bertudung tak kiralah ianya disebabkan oleh mengikut tuntutan agama, berniaga, ataupun menceburi dunia politik. Paling penting adalah artis-artis tersebut semakin manis serta sopan dipandang berbanding dengan imej mereka sebelum bertudung.

Yang menjadi masalahnya, artis-artis yang bertudung tersebut selalunya dikaitkan dengan pelbagai persepsi liar sehingga menjadikan pemakaian tudung tersebut dilihat seperti sengaja menunjuk-nunjuk ataupun sengaja mencari publisiti murahan.

Jangan salahkan media kerana selalunya artis itu sendiri yang memilih untuk mengeluarkan kenyataan yang membodohkan diri mereka sendiri. Jika mereka mengatakan bertudung untuk mengikut suruhan agama tetapi memakai pakaian ketat sehingga nampak seluruh bentuk badan, adakah ia menepati suruhan agama seperti mana yang mereka cakapkan?

Itu belum dikira lagi dengan artis-artis yang memilih untuk 'nampak baik' dengan bertudung hanya semata-mata mahu mencari makan dalam dunia politik. Hanya dengan bermodalkan tudung, artis-artis tersebut begitu lantang berucap dipentas-pentas politik dengan syarahan agama mengalahkan imam masjid.

Walhal, artis berkenaan hanya mencari hadis-hadis didalam google dan juga menghafal isu-isu yang dia dengar didalam ceramah agama didalam Youtube. Mereka tidak kisah jika dipandang serong hanya semata-mata kerana mencari upah lumayan dari parti politik tertentu.

Ada pula artis yang memakai tudung hanya semata-mata untuk menceburi bidang perniagaan didalam media sosial. Dengan populariti sedia ada, jualan mereka tentunya laris kerana ia akan dibeli oleh peminat-peminat yang memang mahu menjadi seperti selebriti pujaan mereka.

Mana boleh jika seorang artis yang tidak memakai tudung tiba-tiba menjual tudung pulak? Dan mana sesuai jika seorang artis yang imejnya terdedah sana sini tiba-tiba menjadi duta barangan berunsurkan Islamik. Disinilah 'topeng' tudung tersebut memainkan peranan.

Kesimpulannya, tak perlulah artis-artis yang memilih untuk berubah dari berimej seksi dan terdedah sana sini kepada imej bertudung, terasa ataupun marah jika orang mempertikaikan 'penghijrahan' mereka. Bukan semua rakyat Malaysia mudah untuk diperbodohkan dengan 'topeng' tudung kononnya mahu jadi baik. Sudah banyak contoh yang kita boleh lihat sebelum ini mengenai artis-artis yang kononnya mahu berubah jadi baik.

Memang kita mendoakan mereka supaya kekal untuk menuju kearah kebaikan, tetapi selalunya artis-artis tersebut sendiri yang menunjukkan bahawa doa kita tak makbul. Jadi jangan salahkan pengkritik.., sebaliknya muhasabah diri dan tanya apa niat sebenarnya disebalik 'penghijrahan' tersebut.. Peace.

Related Posts:

0 Response to "Artis melayu POYO cari makan pakai tudung."

Post a Comment