Video Suspek Bergambar Bersama Mangsa Bunuh


Video Suspek Bergambar Bersama Mangsa Bunuh
China – Seorang lelaki sempat `berposing’ di depan sebuah pusat beli-belah bersama pedang sepanjang satu meter yang digunakan untuk menikam seorang wanita hingga mati, tanpa mempedulikan orang lain yang berada di situ.
Lelaki itu yang kenali sebagai Gao telah mengejar wanita terbabit sebelum menikam dadanya di depan pusat beli-belah terkenal Uniqlo.
Meskipun polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan namun media tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai serangan rambang.
Selepas ditikam, seorang pelancong Perancis cuba membantunya dan dia turut mengalami kecederaan ketika merawat wanita itu yang berlumuran dengan darah.
Pelancong terbabit dan wanita tersebut dikejarkan ke hospital namun wanita itu meninggal dunia tidak lama kemudian.
Sementara lelaki itu berjaya ditahan polis. Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui motif lelaki itu bertindak demikian.

Related Posts:

0 Response to "Video Suspek Bergambar Bersama Mangsa Bunuh"

Post a Comment