Tanah Kubur Jenazah Melayu Muslim Tersangat Panas, Pekerja DBKL Lari Lintang Pukang

Ust Amir Muttaqin ( Bab Jenazah beserta kisah benar yg menarik).
1. Org yg nak mati ni antara tandanya hidung jatuh,hidung kesat dan tdk berminyak.
2. Tapak kaki menjadi flat dan tiada ruang di tgh.



3. Nafaz in dan out menjadi lambat dan tersekat2.
4. Antara rahmat Allah masa nak mati ,tanda nak mati itu, seseorg akan berubah perlakuan menjadi baik. Kebanyakkannya sebegitu dan amat jarang yang berubah mnjadi kejahatan.
5. Lagi tanda ialah membuatkan kita benci kepada bakal si mati itu. Ada sahaja yang tidak kena dan membuat kita terasa dan sehingga tahap membenci. Akhirnya pergi dalam keadaan kita membenci dan menyesal. Yang ini kena hati2 ketika jaga ibu ayah kita.

Bersabarlah dengan apa sekalipun sikap mereka kerana semua itu sementara. Jangan menyesal ketika mereka pergi, dalam keadaan kita membenci mereka.
6. Manusia ini pada mulanya apa sahaja kita akan makan. Lihat bayi,semua nak telan. Meningkat remaja sedikit,mula memilih makanan. Menjelang dewasa,dipilih pulak maknan. Yang ini boleh,yang ini tidak boleh. Akhirnya,hilang selera makan. Antara nikmat awal yang Allah tarik ialah makan.
7. Mereka yg nazak,akan rasa sangat kehausan. Ambil kapas dan basahkan. Sapu dibibir. Jangan tuang air kerana itu bukan membantu hilangkan kehausan,tapi bantu untuk bagi mati.

8. Ketika nazak,elakkan dari org luar berada bersama. Kerana kebiasaannya,org yang hampir mati,akan terkencing dan terberak. Untuk elakkan fitnah,biarlah ahli keluarga sahaja yang ada keliling.
9. Ajarlah ucap syahadah. Sejak zaman Nabi hingga kini, org yang paling sempurna syahadah ketika hendak mati ialah Saidina Abu Bakar.
Kita ni jangan mimpilah,paling terbaik pun ucap Allah. Ada ulama benarkan jika tidak boleh ucap Allah,cukup sekadar tolong gerakkan kelopak mata dan bibir seperti sedang ucap Allah.
10. Ajar ucap syahadah atau Allah hanya sekali sahaja. Lepas si nazak sebut,biarkan dia rehat. Jika si nazak tiba-tiba bercakap hal dunia balik. Ajarkan sekali lagi. Kemudian rehatkan sehingga tidak berkata hal dunia lagi dan hembuskan nafas terakhir.
11. Jenazah yang dah mati hendaklah dibaringkan membelakangkan kiblat(kepala ke kiblat), yang sedang nazak dibaringkan hadap kiblat ( kaki lunjur ke kiblat).
12. Tutupkan mata,ikat rongga seperti mulut. Letakkan pemberat di perut kerana org yg mati perutnya masuk angin dan boleh meletup dlm masa 12jam.
13. Melayu Islam kita ni paling lemah bab jenazah dan wasiat. Hampir RM40 billion sekarang berada di tangan Amanah Raya Bhd. 50% daripadanya tidak terurus kerana masalah keluarga bergolak. Seorang tidak setuju,habis tidak selesai kerana tiadanya wasiat.
14. Ingatan kpd si mati yg penjawat awam, si waris sila buat pengesahan kematian dgn hospital kerajaan kerana senang utk urusan pencen dan sbgnya.

Ada kes,si isteri suri rumah sepenuh masa. Akibat buat pengesahan dgn hosp swasta,terpaksa turun naik pejabat dan mahkamah selama hampir 4 tahun dan akhirnya baru selesai. Tapi selesai dlm keadaan rumah tergadai,kereta tergadai kerana tiada duit hendak bayar.
15. Ada satu kisah kemalangan. Kereta A dan kereta B. Kereta pemandunya Nepal Kristian dan kereta B melayu Muslim.

Kedua2nya mati dan hancur separuh badan. Kedua2 keluarga diminta hadir utk pengecaman.

 Keluarga melayu Islam hadir dan buat pengecaman. Setelah itu,dikebumikan dulu kerana,keluarga Nepal memang lama baru akan dtg Msia.

Mayat yg dikatakan Nepal td disimpan dahulu dlm bilik mayat. Seminggu selepas itu, smpai keluarga Nepal.

Keluarga Nepal buat pengecaman dan mengatakan itu bkn anaknya. Pggil kembali keluarga melayu Islam td dan camkan balik mayat yg dianggapkan mayat Nepal td.

Ibunya dtg dan cam smbil menangis dan katakan kpd saya (ustaz). Bukan kah kita sudah kebumikan?

Ah sudah, ini kes salah mayat ni. Terpaksalah digali kembali  kubur tadi setelah dapat pengesahan mahkamah.

 Kubur itu terletak di KL.Lalu ketika digali,bdk2 dbkl yg terlibat menggali dgn tiba2 lari.

Rupanya tanah kubur itu sangat panas. Digali lagi,tanah itu seperti tanah terbakar dan hitam. Akhirnya dibuka liang lahad,mayat hanya tinggal bahagian kaki dan berada dalam keadaan tenggelam dengan air dan berbau busuk.

Nasib baik keluarga Nepal tidak menjadikan itu kes besar dan setelah pengecaman melalui kaki itu,mayat itu dipindahkan.
16. Ketika jenazah yg baru mati juga,qiamkan tgn seperti solat.

Ada 1 kisah pasal qiam.

Ada seorg imam ,umur muda dlm 30an. Dia meninggal setelah rebah pening ketika sudah khutbah Jumaat.

Ketika mandikan jenazah,tangannya yang didepakan untuk kembali qiam dengan sendirinya.

Kwn2 saya ada yang lari. Mana tidaknya dlm keadaan mcm tu masa mandikan di bilik mayat.

 Inilah tandanya org yang jaga solat. Tangannya akan qiam dengan sendirinya. Begitulah mereka yang tidak solat,tangan diikat mcm mne pun utk qiam,akan terbuka juga akhirnya.

Oleh itu,untuk elak fitnah,ikatlah dengan sebaik2 nya untuk tangan diqiamkan.

Ingtlah,amalan kita didunia ini lah yang akan menjadi penentu kita di alam barzakh nanti.

17. Antara kisah lain,tuan2 mesti dah biasa terbaca 

kisah tdk lama dulu tentang kubur yg digali semula di 

Johor. 

Media mengatakan mayat itu agamawan,tapi sbnrnya mayat itu dermawan. Sy salah seorg panelis utk kes gali kubur itu.

Ketika sy smpai sana,hampir separuh sudah digali. Mayat itu tdi,dia seorg dermawan kerana setiap hari,kanak2 yg lalu ke sekolah akan diberinya wang saku.

Ketika mlm,diwajibkan mereka hadir ke rumah utk mkn mlm. Sesudah itu diajar mengaji mengikut peringkat. Mayatnya sudah hampir 26 tahun ditanam.

Ketika digali,tanah sudah berbau wangi. Tanah menjadi lembut. Kain kafannya bersih dan hanya sedikit kotor akibat tanah.

Kain kafannya bersih mcm guna clorox. Dan ini kisah yg ramai org awam tdk tahu,hanya yg ada ketika itu tahu.

Ketika sesi pengecaman,dipanggil anak saudara atau cucunya utk pengecaman. Apabila kain dibuka,cucunya mengatakan ini bukan datuk saya. Bayangkan tuan2, cucu tdk cam datuknya. Kami katakan inilah datuk kamu.

Tahu kenapa? Wajahnya tidak seperti ketika datuknya meninggal,tapi kelihatan muda 20 tahun dari itu.
18. Akhirnya, belajarlah bab jenazah.

 Pengakhiran terbaik bg kita ialah pabila bapa meninggal,anak2 dan isteri yg mandikan dan kafankan.

Mak meninggal, bapa dan anak2 yg mandikan dan kafankan.

Tidak malukah kita, jenazah diusik kemaluannya,dimandikan oleh org yg bukan darah daging kita? Mana maruah kita?Oleh itu, sahutlah seruan saya. Wallhua'alam.
*Maaf tiada gambar ustaz kerana tdk bawa hp. Nota ini hanya apa yg ana ingat dan tulis semula ketika pulang. Maaf jika kurang baik. -Bro Zeirie

Related Posts:

0 Response to "Tanah Kubur Jenazah Melayu Muslim Tersangat Panas, Pekerja DBKL Lari Lintang Pukang"

Post a Comment