RAYUAN UPU KE IPTA/POLITEKNIK 2015/16

RAYUAN UPU KE IPTA/POLITEKNIK 2015/16

Rayuan UPU ke IPTA/Politeknik 2015/16. Disini ada perkongsian info mengenai semakan keputusan rayuan ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) dan juga Politeknik Premier. Kaedah semakan rayuan juga boleh dilakukan melalui dua cara iaitu secara online dan juga SMS.
Rayuan UPU ke IPTA/Politeknik

Tawaran rayuan UPU kepada calon

Permohonan rayuan UPU hanya ditawarkan kepada calon lepasan STPM 2015 yang gagal mendapat sebarang tawaran dari IPTA/Politeknik. Permohonan rayuan kemasukan boleh dilakukan secara online mulai pada 12.00 tengahari pada 11 Ogos 2015 sehingga jam 4.00 petang 21 Ogos 2015.
Rayuan kemasukan UPU secara online dilakukan melalui aplikasi e-rayuan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aplikasi e-rayuan ini boleh dilayari melalui pautan di bawah ini.

Semakan keputusan rayuan UPU Ke IPTA/Politeknik

Calon yang membuat permohonan boleh menyemak keputusan rayuan UPU ke IPTA/Politeknik secara online dan juga SMS. Semakan keputusan rayuan UPU boleh dibuat bermula 12.00 tengahari 6 September 2015 hingga 12 September 2015 secara online. Pautan semakan adalah sebagaimana di bawah.
Bagi calon yang ingin membuat semakan melalui SMS pula, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
1. Taipkan:
UPU<JARAK>RESULT<JARAK>NO KAD PENGENALAN
Contoh: UPU RESULT 910115015042
2. Hantarkan SMS ke: 15888
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini sila layari facebook rasmi Jabatan Pengajian Tinggiataupun laman rasmi UPU ataupun hubungi talian tertera 03-88706777 dan 03-88706767 dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari bekerja.
Semoga perkongsian info mengenai rayuan UPU ke IPTA/Politeknik 2015/16 ini dapat membantu anda calon-calon diluar sana.

Related Posts:

0 Response to "RAYUAN UPU KE IPTA/POLITEKNIK 2015/16"

Post a Comment