Mia Sara Dedah Dibuli Kerana Jadi Artis

Nampaknya bukan mudah sebenanrya untuk seorang kanak kanak menjadi anak seni lebih lebih lagi apabila namanya popular dan sering menjadi sebutan ramai. Mia Sara dalam tembual terbaru bersama media mendedahkan apa yang dilalui beliau di sekolah.
Bercakap kepada mStar Online baru baru ini, Mia Sara mendedahkan dia sering dibuli rakan-rakan sekolah termasuk diejek dek kerana popularitinya sebagai seorang artis selain ada juga rakan rakan yang memukul malah pernah membaling batu ke arahnya.
“Mereka buli saya, mengejek, baling batu dan pernah juga pukul saya. Saya sedih juga dan kadang-kala rasa geram. Tetapi ayah pesan, biar orang buat kita, tetapi jangan kita buat orang,” ujarnya yang ditemui majlis rumah terbuka TV3 semalam.
Dalam pada itu, bapanya Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata beliau tahu akan situasi anaknya itu namun enggan masuk campur kerana mahu Mia Sara belajar berdikari.
“Bagi saya apa-apa yang berlaku di sekolah, biar cikgu yang uruskan, saya tak mahu masuk campur. Saya nak Mia melalui proses seperti kanak-kanak lain. Lagipun dia seorang selebriti dan bukan mudah untuknya melalui pengalaman itu”
“Biarlah dia berdikari dan belajar selesaikan masalahnya sendiri. Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah,” katanya. (rtky/m)

Related Posts:

0 Response to "Mia Sara Dedah Dibuli Kerana Jadi Artis"

Post a Comment