Kisah terakhir sebelum tibanya Hari Kiamat


Kisah Terakhir Sebelum Tibanya Hari Kiamat

Kisah terakhir sebelum tibanya Hari Kiamat. Tidak dinafikan lagi, hari kiamat itu akan tiba setelah berlakunya tanda-tanda besar di muka bumi ini. Telah berkata An-Nuwas Ibn Saman, "Rasulullah pernah menyebutkan tentang Dajjal pada suatu pagi, dan kami telah bertanyakan kepada Rasulullah mengenai Dajjal.

Raulullah s.a.w. telah bersabda "Sekiranya ia keluar sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu, maka aku adalah pembela dan penyelamat bagi setiap muslim. Namun sekiranya Dajjal itu keluar setelah kematian aku, maka tiap-tiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri, dan Allah adalah sebagai penggantiku dalam menyelamatkan setiap muslim.

Sesungguhnya Dajjal itu adalah seorang pemuda yang berambut kerinting, bermata satu seakan-akan dengan Abul 'Uzza bin Qatn. Maka, barangsiapa yang bertemu dengannya, hendaklah dia membaca ayat daripada surah al-Khafi untuknya yang bemaksud :


"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya Muhammad, Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)
Keadaannya tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran kepada orang-orang yang ingkar dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
Mereka tinggal tetap dalam balasan yang baik itu selama-lamanya.
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
Sebenarnya mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
Maka jangan pula engkau wahai Muhammad, membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu punah-ranah sebagai tanah yang tandus.
Adakah engkau menyangka wahai Muhammad, bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

Ingatkanlah peristiwa ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".   (Al-Kahfi: 1-10)



Munculnya Dajjal Salah Satu Kisah Terakhir Sebelum Tibanya Hari Kiamat


Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dari sebuah celah, iaitu sebuah tempat yang terletak diantara Syam dan Irak, maka dia akan membuat kerosakkan dikiri dan kanan pada setiap pelusuk muka bumi ini. 

Maka, para sahabat pun betanya kepada Rasulullah, berapa lamakah Dajjal akan berada di muka bumi ini. Maka Nabi Muhammad s.a.w pun berkata bahawa, Dajjal akan berada di bumi selama empat puluh hari.


Kisah Terakhir Sebelum Tibanya Hari Kiamat

Satu hari daripadanya, sama dengan satu tahun, dan satu hari lagi, sama dengan satu bulan, dan satu hari lagi sama dengan seminggu, manakala sisa-sisa hari yang lain, sama dengan hari-hari yang biasa. 

Dia akan menyeru manusia untuk menyembah kepada dirinya. Maka Dajjal akan mendatangi suatu kaum, lalu dia akan menyeru kepada mereka untuk ikut kepadanya. Maka, kaum itu pun percaya dengan seruannya dan mengikuti ajakannya.

Lalu, Dajjal akan memerintahkan langit untuk menurunkan hujan, maka turunlah hujan. Lalu dia pun memerintahkan kepada bumi untuk tumbuh tanam-tanaman, maka tumbuhla tanaman itu. 

Segala binatang-binatang ternakan akan menjadi gemuk dan mempunyai banyak daging. Kemudian Dajjal akan menyeru kepada suatu kaum yang lain dengan ajakannya itu, namun ajakannya itu telah ditolak dan dibantah ajakannya itu.

Maka Dajjal pun pergi meninggalkan kaum yang tidak mengikutinya itu. Kemudian pada paginya, kaum yang tidak mengikuti Dajjal itu berada didalam keadaan yang lapar dan segala yang ada pada mereka musnah-sama sekali. Kemudian Dajjal akan melalui satu tempat dan mengeluarkan harta kekayaan yang melimpah-ruah.

Kemudian Dajjal memanggil seorang laki-laki yang masih muda, lalu membunuhnya dengan satu tujuan. Kemudian Dajjal menghidupkan kembali lelaki yang telah dibunuhnya itu dan lelaki itu pun datang kepadanya dalam keadaan tertawa. 

Ketika itulah Allah s.w.t. mengutuskan  Nabi Isa a.s. untuk mengalahkan Dajjal. Setengah pendapat mengatakan, Nabi Isa akan turun di menara putih yang terletak di timur Damsyik dalam keadaan kedua tapak tangannya diatas sayap-sayap malaikat.

Nabi Isa menghalang kejahatan Dajjal di pintu Kota Lud, dan membunuh Dajjal. Maka itulah kemenangan umat Islam di muka bumi Allah setelah membunuh semua yahudi seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Begitulah sedikit perkongsian daripada saya mengenai Kisah Terakhir Sebelum Tibanya Hari Kiamat

Related Posts:

0 Response to "Kisah terakhir sebelum tibanya Hari Kiamat"

Post a Comment