Kisah Kejayaan Dato Aliff Syukri Yang Dulu Hanya Berjalan Kaki Je


Dato Aliff Syukri, tidak perlu di perkenalkan lagi. Tagline perniagaannya ‘Terlajak Laris’ memang cukup berkesan.
Tapi, bagaimana individu yang baru berusia 28 tahun ini boleh berjaya dalam perniagaan? Pasti ramai yang tertanya-tanya.
Baru-baru ini, di laman Facebooknya, Dato Aliff Syukri kongsikan kisah hidupnya yang sebelum ini susah. Namun kini, beliau mampu memiliki kereta idamannya.

Gedik, poyo, over..

11222802_782721695178509_1684319752152554451_n
Ketika berumur 19 tahun bekerja sebagai marketing admin
“Gedik ,poyo dan over.. itulah penghinaan yg saya terima di awal pembabitan saya dlm bidang perniagaan..
“Hari ini saya seakan bermimpi dan berhayal ttp menjadi nyata..dan teringat sy dulu..saya pernah berjalan kaki dulu kerana tiada kenderaan dan tiada wang untuk membeli kereta dan saya berniaga berjalan kaki ke rumah dan pejabat….melihat keadaan saya itu membuatkan saya berazam bahawa cabaran adalah semangat pada saya utk berjaya…tiada perkataan x boleh dlm kamus hidup saya…kerana hanya kita yg berhak mengubah kehidupan dan diri kita bukan orang lain…Dalam hidup tiada yg mudah..semuanya perlu kerja keras utk mencapai matlamat dan impian utk berjaya..

Jangan sekali putus asa

11885219_803049929812352_8552645749459928673_n
“Jangan sesekali putus asa dan serahkan takdir hidup kita pada keadaan walaupun telah banyak kali gagal…kerana gagal bukan noktah kehidupan kerana saya juga pernah gagal…
“Alhamdulillah impian abg tercapai hari ni utk memiliki kereta idaman iaitu Rolls Royce “selalu tngok filem org puteh ada kete ni jd nak juga merasa”….bukan tujuan untuk menunjuk jauh sekali meriak…hanya utk memberi semangat bahawa kpd smua khususnya peniaga Melayu wanita dan lelaki kita boleh berjaya walaupun siapapun anda!! yg pnting kita perlu berusaha bukan hanya khayalan dan angan2…

Jangan main nombor ekor atau skim cepat kaya

11831728_802575996526412_431124968623326750_n
“Ingat jangan main nombor ekor atau skim cpt kaya sbb “yg cepat naik cepat juga jatuh”..jd ikutlah aliran yg betul dlm perniagaan..jgn sampai yg dikendong x dapat yg dikejar berciciran dan fokus terhadap apa jua yg dilakukan dan Insya Allah ada rezeki.menanti..Allah sangat sayangkan hamba3 nya yg rajin berusaha…* dah lengguh tangan sy taip panjang ehehe,” akhirinya
Semoga kisah kejayaan Dato Aliff Syukri ini menjadi inspirasi kepada anak-anak muda sekarang untuk berjaya sepertinya.

Related Posts:

0 Response to "Kisah Kejayaan Dato Aliff Syukri Yang Dulu Hanya Berjalan Kaki Je"

Post a Comment