Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa




Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa


Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa

Di awal perkenalan dengan seseorang selalunya kita menggunakan kata ganti diri yang sopan sebagai contoh saya, awak, i, you dan sebagainya. Jarang sekali kita menggunakan perkataan “aku” dan “engkau” bila berkenalan dengan orang baru.

Penggunaan kata ganti diri “aku” dan “engkau” dilihat sebagai ayat yang kurang ajar. Jika orang yang baru kita kenal itu sudah biasa menggunakan ayat “aku” dan “engkau” mungkin tidak menjadi masalah tetapi bayangkan jika orang yang baru kita kenal itu tidak biasa dengan perkataan itu sudah pasti membuatnya terkejut.

 Apabila bercakap dengan ibu bapa selalunya kata ganti diri “saya” digunakan. Namun, ada juga sebahagian tempat di Malaysia ini menjadi kebiasaan menggunakan kata ganti diri “aku” apabila bercakap dengan ibu bapa.

Di dalam perhubungan persahabatan penggunaan “aku” dilihat sebagai rapatnya hubungan seseorang itu dengan sahabatnya. Kita akan lebih mengenalinya. Kita tidak akan kekok dengannya. Kita lebih menjadi diri kita yang sebenar.

Samalah apabila kita berdoa kepada Allah. Allah mahu hamba-Nya dekat dengan-Nya lalu penggunaan “aku” itu selalu digunakan apabila manusia berdoa.

Cuba bayangkan jika manusia berdoa menggunakan “saya” dan “awak”.
 ❝

Saya memohon kepada awak Ya Allah, limpahkanlah rezeki saya sekeluarga. Saya memohon diampunkan dosa saya kepada awak Ya Allah.

Agak janggal bukan? Jadi, inilah sebab kenapa manusia menggunakan perkataan “aku” semasa berdoa kepada Allah.

Related Posts:

0 Response to "Kenapa Manusia Menggunakan Perkataan “Aku” Semasa Berdoa"

Post a Comment