Asyik Main Asmara, Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia




GARA-gara sibuk mengadakan hubungan seks, seorang ibu sanggup meninggalkan bayinya yang berusia tiga bulan dalam buaian tanpa sebarang pengawasan sehingga akhirnya meninggal dunia.
Yvonne Adkins, 31; dilaporkan meninggalkan anaknya itu selama sembilan jam untuk bermain seks bersama dengan seorang lelaki yang baru berkenalan di sebuah perhentian bas.
Sebelum kejadian, wanita tersebut dikatakan mabuk bersama-sama lelaki tersebut sebelum mereka ‘sibuk’ melakukan hubungan intim di tingkat atas rumahnya.
Dia dipercayai meninggalkan anaknya berseorangan di tingkat bawah rumahnya di Staffordshire, United Kingdom ketika asyik bermain asmara dengan pasangannya itu.
Bayi malang dikenali dengan nama Chantelle dipercayai meninggal dunia akibat kesejukkan dan kelaparan.
Berikutan kecuaiannya itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kepada Adkins.
sumber – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Metro.uk

Related Posts:

0 Response to "Asyik Main Asmara, Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia"

Post a Comment