Akhirnya Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Untuk Kali Ke 3 Dengan Sekali Lafaz.




KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada wartawan kanan di media pembangkang iaitu Harakah, Muhammad Faizal Zakaria dengan sekali lafaz.

Majlis berkenaan diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.

Upacara akad nikah disempurnakan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud.

Abby diwalikan oleh bapanya, Abdul Manan Tadin.


Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan 11 dulang barangan hantaran antaranya senaskah Al-Quran, tas tangan, telekung, jam tangan, wangian dan buah-buahan dan manisan.

Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk sejadah, kasut, dompet, jam tangan dan buah-buahan.

Hampir 200 tetamu hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.

Muhammad Faizal yang juga duda beranak tiga berkenalan dengan Abby pada 2012 namun ia sekadar hubungan profesional di antara wartawan dan selebriti.

Related Posts:

0 Response to "Akhirnya Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Untuk Kali Ke 3 Dengan Sekali Lafaz."

Post a Comment